Love My Followers. Mmmuuaahh!

Monday, January 30, 2012

teaser - Photoshoot with Busana Soffi's Collection

assalammualaikum & hai..



today cik suhana rerajin sikit nak update blog. almaklum la, duduk kat ofis ni sensorang je. takde keje pun yang nak kena buat. takde teman pun nak ajak beborak. huhuu.. tp syok jugak sebab boleh online and at the same time boleh update blog yang x seberapa ni. hihihi. ouhh ya, semalam bersamaan dgn 29.1.2012 / ahad, cik suhana berpeluang menggayakan shawl from Busana Soffi's Collection. cik suhana rasa sangat sangaaatt berterima kasih pada owner, Fyna & her sis, Fiffy sebab bagi peluang ni pada cik suhana. i'm really appreciate =')

now, cik suhana nak share dengan korang beberapa gambar yang diambil semalam. terima kasih juga pada make up artist yang terlibat, photographers, models & semua yang terlibat. nice to meet u ollss. jangan lupa singgah beli kat Busana Soffi's Collection yaa


yang tengah2 pakai spek tu la owner dia & the model. sgt gojess kan diorang?



with one of the model. ramai kata muka kami hampir sama. eh ye ke?



hikayat sang kancil dan sang buaya

assalammualaikum & hye..



korang ingat lagi x cerita sang kancil dan buaya? alaa.. yang selalu ada kat tv time kecik2 dulu tu? ingat x? ingat x? haa.. x ingat? hurmm.. kalau mcm tu meh cik suhana nak share kat korang CERITA SANG KANCIL & BUAYA. jom kita flashback balik cerita zaman kanak2 dulu. happy watching ^_^










Tuesday, January 10, 2012

DISEBALIK SOLAT 5 WAKTU

ASSALAMMUALAIKUM & HAI HAI PEEPS..

today saya nak kongsi kan perkara disebalik solat 5 waktu yang WAJIB ditunaikan oleh umat Islam seluruh dunia. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad di mana waktu solat yang kita sering kerjakan sekarang ini memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.


1) Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

  • Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
  • Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

2) Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

  • Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
  • Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
  • Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
  • Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

3) Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

  • Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
  • Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
  • Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
  • Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

4) Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

  • Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
  • Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  • Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

5) Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

  • Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
  • Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
  • Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
  • Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Kesemuanya diadun dengan cukup cantik dan indah sekali. Tujuan azan dilaungkan untuk memberitahu waktu solat telah masuk dan dijemput semua datang bersembahyang. Sembahyang adalah tanda untuk :

  • menyatakan syukur atau terima-kasih kepada tuhan pemilik alam ini iaitu Allah swt. S
  • satu perintah dari tuhan supaya manusia melakukannya 5 kali sehari.
  • menghidupkan hati manusia yang mati, Jiwa akan menjadi segar, tenang, tenteram, hidup dan kehidupan akan menjadi gembira.
  • Jika tidak sembahyang 5 waktu jiwa akan menjadi kusut, tidak bersemangat, selalu ditimpa susah hati, jiwa kosong dan hidup seperti tidak bermakna apa-apa.


sumber: berita semasa