Love My Followers. Mmmuuaahh!

Sunday, August 28, 2011

10 fakta menarik menjelang malam raya

Assalamualaikum dan Salam Ramadan

Alhamdulilah, tinggal lagi 1 hari lebih je umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal dan perginya bulan Ramadan. Syukurlah kita sekiranya amal ibadat yang kita buat sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini diberkati oleh Allah. Diumumkan antara 10 fakta2 yang menarik menjelang malam raya adalah….

1. Bila tiba hari raya semua insan bergembira, eh2 tak, bukan point ni tapi ini. Takbir dimalam raya.

Alhamdulilah, kita kalau dah masuk bulan Syawal kena la bersyukur, bukan sedih2 dengar lagu raya yang syahdu tu. Gembira menyambutnya.

2. Try baju raya baru

Yeah!! Saya rasa bukan malam raya je, malam2 sebelum tu lagi korang dah duk tengok2 and belek2 baju raya tu kan? Ye la, excited nak pakai time raya nanti..

3. Anak2 kecil sediakan dompet sebelum esoknya kutip duit raya

Hah ini pulak jadi saya dan adik, siap berebut2 pilih warna kitorang suka. Tahun ini entah lah, beli baru ke tak dompet tu saya tak taw.

4. Penghabisan stok mercun


Selalunya malam2 raya macam ni penghabisan stok. Stok mercun, beli berkilo2 dan bakar duit malam tu je. Alahai buang duit je kan. Sekali sekala tak kisah, baru gempak. Tapi jangan sampai cedera pulak yea

5. Sibuk kemas rumah, buat kuih raya dan ketupat/lemang last minute

Ini saya rasanya standard la tu kan. Malam2 tu jugak(selalu nya perempuan) kalut buat kuih raya. Esok nak raya, malam tu kena siapkan jugak lah

6. Dengar lagu raya untuk semangat takbir esok

Cari power sikit untuk takbir esok, Naik semangat untuk kita takbir, bersyukur kepada Allah. Kekadang tuh, dengar lagu raya ni bagi feeling sikit.

7. Prepare untuk dapat duit raya dari kawan ayah/ibu, sahabat dan sanak saudara

Macam saya time kecik2 dulu, malam tu plan siap2 kat mana nak pi dulu bagi duit raya penuh poket untuk raya pertama. haha. Lepas tu, ada kawan ke, sanak saudara ke hulur la sikit..(hulur banyaakk)

8. Mesej2 hantar ucapan sayang raya kat kawan2

Ni semestinya, topup dulu banyak2 pastu sekali gus hantar. Baru best kalau ada response balas membalas pantun raya.

9. Letak duit raya dalam sampul

Iyelahkan, takkan orang datang rumah korang nak bagi “sebijik” macam tu. Mestilah ada sampul untuk duit raya tu. Tak pun sekarang dah ada sampul berduit, bagi tu je, bebudak bukan tahu, tapi diorang budak2 kecik pun dah pandai mengira…

10. Sanak saudara dan ahli keluarga semua kumpul bersama

Saat yang dinantikan oleh semua orang untuk maaf bermaafan sesama sendiri. Ingat kalau adik beradik dalam setahun tu tak dak gaduh ke? Mesti ada punya, lepas tu baru erat hubungan kekeluargaan tuh.

p/s: korg pulak cmne?