Love My Followers. Mmmuuaahh!

Wednesday, February 29, 2012

HAPPY LEAP DAY !



assalammualaikum & have a good day everyone !

what is the date for today? yes u're right ! today is wednesday. and the date is 29th of february 2012. (ada mcm kat sekolah tak? kihkihkih) . so unique kan tarikh ni> it come once in 4 years ! meh sini Cik Suhana nak cerita sikit pasal tarikh 29 Februari ni.


Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad.

Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll) 29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.


haa.. ada paham ka? hihihii. for those yang celebrate birthday or anniversary sangat2 bertuah. sebab tarikh 29 Februari ni bukan ada tiap2 tahun. tarikh ni jugak lah birthday Amin, budak yang my mom jaga dari bayi sampai sekarang. Ahamdulillah. sekejap je dah 4 tahun. belajar pandai2 dan moga jadi anak yg soleh yea. =)

p/s : nanti Cik Suhana upload gambar Amin yea. gambar semua ada kat dalam laptop. Cik Suhana update blog guna PC ofis. ssyhhh ! *sambil letak jari telunjuk kat mulut*

Gempar! Beginilah Jadinya Akibat Digilis

assalammualaikum & hai . . .



korang korang.. korang pernah tengok ular besar tak? Cik Suhana pernah kot tapi takde lah besar sgt2. yang sedang2 je. tapi dulu masa kecil2 kat rumah lama, pernah jugak la kadang2 ular masuk dalam rumah. pernah 1 hari tu, masa Cik Suhana nak mandi, ternampak ular masuk kat celah2 lubang tandas. uisshhh...! seriusly takut gilerr. tapi Alhamdulillah, arwah opah lah penyelamat Cik Suhana. (AlFatihah utk arwah). today Cik Suhana nak share with u all video yang sangaaaat tragis. kalau nak tau video apa, meh sini rajin2 tgk video kat bawah ni







Di mana lokasi kejadian pelanggaran haiwan ini tidak pula Cik Suhana ketahui. tapi nampak macam kat negara China je. ntah la.. huhuu

Tragisnya, telur-telur yang berisi janin ular dalam ‘kandungan’ ular sawa itu berterabur keluar hingga bersepah di jalan raya! nak rasa kesian ada, rasa tak kesian pun ada jugak. ye laa, ular besar mcm tu kan boleh membahaya kan nyawa manusia. tak gitu??


p/s : tetiba lagu Ular nyanyian Anita Sarawak berlegar2 kat dalam kepala ni. kihkihkih


Tuesday, February 28, 2012

Hijab and Fashion.



Good advise by the way. you go girl. she is so soo adorable & inspiring. that is the important way to be better muslimah. InsyaAllah =)

Sila Jaga Tepi Kain Saya.



Bertuah nya adik Adibah dari Sekolah Al Amin Gombak ni..... You Go Girl...anak siapalah ni... ? Bertuahnya..English punyalah power.. hehe..love the accent...hehe and she is so young... xoxox


Friday, February 17, 2012

JUMAAT




Assalammualaikum & salam Jumaat everyone . . . .


Yeayyy ! Dah hari Jumaat ! hehehe. Mesti sesetengah daripada kita yang eksaited sikit bila hari Jumaat kan? tak kira lah yang bekerja or yang masih belajar. Sebab apa?? Sebabnya... hari Jumaat kan hari terakhir dalam seminggu utk kita bekerja atau belajar. Tapi tak semua.. kadang2 sesetengah orang, hari minggu pun mereka bekerja or belajar. But its okey.. yang penting kita cari benda yang halal kan? kan?? Senyum senyuum sikit. hihiiii. Today Cik Suhana nak share 7 Keistimewaan Hari Jumaat. Mungkin ada yang dah tahu dan ada yang belum. Jom sama sama kita tengok =)

7 keistemewaan hari jumaat :

1. Hari bagi kaum muslimin.
2. Hari yang paling mulia dan penghulu segala hari.
3. Waktu yang mustajab untuk berdoa.
4. Sedekah pada hari itu paling utama berbanding bersedakah pada hari-hari yang lain
5.Hari dimana Allah menampakkan diriNya pada hambaNya yang beriman disyurga.
6. Dosa-dosanya diampuni antara Jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya (syarat : mandi sunat jumaat, berminyak atau berwangian, keluar ke masjid, merapatkan diri bersama jemaah, mendirikan solat sunat jumaat dan diam mendengar khutbah)
7. Wafat pada hari jumaat atau siangnya tanda husnul khatimah,iaitu bebas dari fitnah kubur
p/s : pada abang2, pakcik2 dan adik2 lelaki yang beragama Islam tu jangan lupa Solat Jumaat yea. NO EXCUSES ! =)


Thursday, February 16, 2012

PABM - PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU




PABM - Halil Ibrahim from Turki, Juara Kategori Antarabangsa. Tajuk pidato : Generasi Muda Hari Ini, Penentu Hari Esok. Seriously this is really awesome ! Bangga jadi orang Melayu =)

Tuesday, February 14, 2012

DISEBALIK 14 FEBRUARI



Assalammualaikum & hai hai haaaiiii.. ^_^

korang.. hari ni tarikh berapa haribulan?? 14 Februari kan?? haa... mesti korang semua tahu yang tarikh hari ni "sgt special". 1 dunia dah tahu yg tarikh 14 Februari ni sangat berkaitan dengan HARI VALENTINE. kan? kan? kononnya pada tarikh ni ramai lah yg akan bagi bunga, coklat, teddy bear dan mcm2 lagi pada org yg mereka sayang. by the way, u all tahu tak cerita disebalik tarikh 14 FEBRUARI ? pada yang tak tahu lagi, meh ler sini rerajin baca cerita kat bawah ni. pada yang tahu, jom kita refresh balik. baca jom baca !

Valentine’s Day

Valentine adalah nama seorang paderi iaitu Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Andalus sepenuhnya apabila Granada yang dikuasai oleh Bani Ahmar jatuh ke tangan Kristian. Paderi tersebut mengumumkan hari tersebut sebagai hari ‘kasih sayang’ kerana padanya Islam adalah sebuah kerajaan yang zalim yang mendiskriminasi bangsa Barbar dan penganut Kristian. Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.2

Menurut pensyarah Perbadingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk dalam kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi. Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekali gus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Cordova Ratu Isabella itu.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparan dalam kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, apatah lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang ditujukan khas untuk St. Valentino sendiri.3 Valentine’s Day juga adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis’ bangsa Rumawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari. Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata ‘galentine’ yang bererti ‘galant’ atau ‘cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa seelok-eloknya para pemuda mencari pasangan hidupnya hendaklah pada 14 Februari. Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal-usul hari Valentine. Pada zaman sekarang ini orang mengenal dan menyambut Valentine dengan menghantar kad ucapan, pesta persaudaraan, bertukar-tukar memberi hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.4 Ini tidak terkecuali kepada masyarakat Islam. Orang Islam tidak sepatutnya meletakkan hari Valentine sebagai hari berkasih sayang, kerana dalam Islam hari berkasih sayang adalah sepanjang hari dan sepanjang tahun. Adanya galakan Islam untuk kunjung-mengunjung dan memberi hadiah (atau buah tangan) semasa musim perayaan atau menyambut majlis tertentu terutamanya bolehlah diambil kira sebagai hari berkasih sayang, selain hari-hari lainnya.

Nota hujung
1 Diambil daripada Risalah Fikrah; lihat juga lrum Sarfaraz, Nothing Funny About 1st April. dlm www.islamiccenterofpeoria.org/artic1e5.html; Zubair Musba, April Fool Celebration, Islamic Youth Movement dlm http://www.islamicyouthmovement.20m.com/articengl april; http://mindarakyat2. tripod.coml i2000_0334.htm
2 muzakarah.tripod.coml valentine2.html
3 http://www.geocities.com/CollegePark/Union/ 26411/valentine.html
4 http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/valentineday.htm

sumber: blog Sejarah, Islam, & Malaysiana

haaa.. dah baca ke belum?? syabas2 !! pada UMAT ISLAM sekalian, beringat la yea. tak perlu lah kita nak terikut2 dengan budaya 14 Februari ni. hari lain pun blh berkasih sayang asalkan dengan cara yg betul. kalau yang NON MUSLIM tu nak sambut, biar kan aje lah diorang. kita orang Islam x perlu lah nak over. yea?? jangan nanti bulan September, Oktober, November & Disember ada lagi berita pasal kes buang bayi. Nauzubillah !!

Jadi, berapa ramai kawan2 kita yang masih meraikannya?? Renung2kan dan Selamat Beramal.. "Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali (1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh (3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". ~Surah Al-'As

Friday, February 3, 2012

DI PERSIMPANGAN DILEMA . . . .


ASSALAMMUALAIKUM & HAI..


mesti u alls tertanya-tanya tajuk kat atas ni kan? dah macam tajuk lagu penyanyi Nora je kan? kan? hehehe. tetiba teringin pulak nak pegi karoke nyanyi lagu Persimpangan Dilema ni. haippp ! haipp ! dah TERtukar topik lerr pulak. huhuuu.

ok la, Sue just straight to the point je la k. mostly korang yg lepasan diploma mesti dah tahu yg result utk ke degree dah keluar pada 2 / 2 / 2012 @ 5 pm kan? konfirm ramai yg nervous gilerr nak tahu kat mana korang akan sambung degree. same goes to me. Sue dah check result pagi ni kat ofis. and korang tau x Sue dpt kat mana? jeng jeng jengggg

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


TAAADAAA !





yupp ! Sue dapat further degree ke UITM Kampus Kota Bharu, Kelantan dlm Ijazah Sarjan Muda (Kepujian) Pemasaran utk temph 2 tahun. 5 Mac 2012 ni kne mendaftar diri kat sne. gilerrr jauhh. huhuu. Sue pun tgh dlm dilema ni nak further study or x. Antara sebab2 Sue dlm dilema nak further study:

1) terlalu jauh.
2)kos tinggi. kalo apply ptptn blm tentu 5 thn lps abis blaja dpt byr ke x.
3)nak keje sbb blh cari rezeki n kumpul harta utk family.
4)skg ni lepasan degree susah dpt keje sbb kebanyakan company x nk amik sbb tkot dorg demand gaji

tapi, kalau Sue x further study, terpaksa lah Sue korban kan impian utk jd cikgu. YUPPP. CIKGU. tu mmg cita2 Sue sejak kecil lg. mesti korang pelik nape lain sgt dgn bidang yg Sue apply kan? actually x salah pun sebenarnya. sebab sekarang ni pun ada je org yg study lain, tp dpt kerja yg sangat berbeza dgn kos yg dia study dulu. at least, Sue ada extra skill and kowledge dpd org lain. ye dak? tp ramai jugak kwn2 Sue yg dpt kat UITM Kota Bharu ni..

xpe la.. better Sue mohon petunjuk pada Yang Maha Esa. mungkin Dia tahu yg terbaik buat diri Sue. insyaAllah rezeki ada di mana2 ^_^