korang.. hari ni tarikh berapa haribulan?? 14 Februari kan?? haa... mesti korang semua tahu yang tarikh hari ni "sgt special". 1 dunia dah tahu yg tarikh 14 Februari ni sangat berkaitan dengan HARI VALENTINE. kan? kan? kononnya pada tarikh ni ramai lah yg akan bagi bunga, coklat, teddy bear dan mcm2 lagi pada org yg mereka sayang. by the way, u all tahu tak cerita disebalik tarikh 14 FEBRUARI ? pada yang tak tahu lagi, meh ler sini rerajin baca cerita kat bawah ni. pada yang tahu, jom kita refresh balik. baca jom baca !
Valentine’s Day
Valentine adalah nama seorang paderi iaitu Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Andalus sepenuhnya apabila Granada yang dikuasai oleh Bani Ahmar jatuh ke tangan Kristian. Paderi tersebut mengumumkan hari tersebut sebagai hari ‘kasih sayang’ kerana padanya Islam adalah sebuah kerajaan yang zalim yang mendiskriminasi bangsa Barbar dan penganut Kristian. Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.2
Menurut pensyarah Perbadingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk dalam kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi. Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekali gus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Cordova Ratu Isabella itu.
Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparan dalam kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, apatah lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang ditujukan khas untuk St. Valentino sendiri.3 Valentine’s Day juga adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis’ bangsa Rumawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari. Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata ‘galentine’ yang bererti ‘galant’ atau ‘cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa seelok-eloknya para pemuda mencari pasangan hidupnya hendaklah pada 14 Februari. Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal-usul hari Valentine. Pada zaman sekarang ini orang mengenal dan menyambut Valentine dengan menghantar kad ucapan, pesta persaudaraan, bertukar-tukar memberi hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.4 Ini tidak terkecuali kepada masyarakat Islam. Orang Islam tidak sepatutnya meletakkan hari Valentine sebagai hari berkasih sayang, kerana dalam Islam hari berkasih sayang adalah sepanjang hari dan sepanjang tahun. Adanya galakan Islam untuk kunjung-mengunjung dan memberi hadiah (atau buah tangan) semasa musim perayaan atau menyambut majlis tertentu terutamanya bolehlah diambil kira sebagai hari berkasih sayang, selain hari-hari lainnya.
Nota hujung
1 Diambil daripada Risalah Fikrah; lihat juga lrum Sarfaraz, Nothing Funny About 1st April. dlm www.islamiccenterofpeoria.org/artic1e5.html; Zubair Musba, April Fool Celebration, Islamic Youth Movement dlm http://www.islamicyouthmovement.20m.com/articengl april; http://mindarakyat2. tripod.coml i2000_0334.htm
2 muzakarah.tripod.coml valentine2.html
3 http://www.geocities.com/CollegePark/Union/ 26411/valentine.html
4 http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/valentineday.htm
sumber: blog Sejarah, Islam, & Malaysiana
haaa.. dah baca ke belum?? syabas2 !! pada UMAT ISLAM sekalian, beringat la yea. tak perlu lah kita nak terikut2 dengan budaya 14 Februari ni. hari lain pun blh berkasih sayang asalkan dengan cara yg betul. kalau yang NON MUSLIM tu nak sambut, biar kan aje lah diorang. kita orang Islam x perlu lah nak over. yea?? jangan nanti bulan September, Oktober, November & Disember ada lagi berita pasal kes buang bayi. Nauzubillah !!
2 comments:
yup setuju, say no to V-day
setuju?? sep sep ckit ^_^
Post a Comment